Thursday, October 13, 2011

TAZKIRAH



"ya Allah , keampunanMU lebih luas drp dosa-dosaku dan rahmatMU lebih ku harapkan drp amalanku"

jom kita selalu berdoa
 merayulah & mintalah kepada Allah semoga kita selalu & tetap mendapat rahmat serta keampunanNYA

" berbanding hitungan amalan , rahmat Allah lah yang paling kita harapkan
kerana sebanyak mana pun amalan , kita tak kan mampu 'membeli' syurga Allah
amalan kita amat sedikit dan yang sedikit itu belum tentu sempurna
justru hanya dengan rahmat Allah sahaja lah kita berpeluang hidup & menikmati kehidupan "

" yakinlah yang keampunan Allah sangat luas , sangat besar
lebih luas & besar drp dosa-dosa kita , maka bersegeralah bertaubat , bersegeralah mohon keampunanNYA
selagi hayat masih dikandung badan , mohonlah keampunanNYA & bersangka baiklah yang Allah pasti memberi ampunanNYA.....JANGANLAH berputus asa dari rahmat & keampunan Allah "




air...walau pelbagai rintangan & pelbagai kesusahan menghalang 'jalan hidupnya' ia tak pernah 'berputus asa' menuju 'destinasinya'

'destinasi' kita sudah tentu syurga Allah
sedangkan 'jalan-jalan menuju syurga' itu banyak sangat ujian , banyak sangat yang menghalangi

"ya Allah , kami memohon rahmat
dan keampunanMU , kami merayu ya Allah...,
limpahkanlah rahmat & keampunanMU keatas kami....aaamiinn"

Saturday, October 1, 2011

Info Diri & kehidupan

selamat berkenalan & terima kasih menjengok 'laman panwira'

PANWIRA..???
namaku panwi , nama ibuku mula huruf 'R' nama bapaku mula huruf 'A' (jadinya panwira gituuu) berumur kategori 40an (moga dipanjangkan umur untuk terus beribadah padaNYA) , sudah beristeri (alhamdulillah Allah beri 'jodoh' terbaik untukku) anak2ku buat masa sekarang baru 4 org (moga mereka termasuk dikalangan anak2 yang soleh & solehah)

buat sementara ni kami tinggal di ppr pekan batu jalan ipoh kuala lumpur , rumah pangsa 17 tkt

daku bekerja sendiri & malam mengajar anak2 penduduk mengaji (mengajar iqra' , al-quran + fardhu ain) alhamdulillah , walau sangat terlalu jauh dari kategori kaya harta/banyak wang...Allah masih mencukupkan keperluanku sekeluarga - semoga berkekalan/bertambah)

cita2ku - ingin menjadi ahli syurga bersama familiku & seluruh umat Muhammad s.a.w

terima kasih kepada orang2 yang berbuat baik & membantuku dalam apa jua cara........semoga Allah s.w.t tetap merahmati anda , mengampuni anda , mengurniakan anda kemurahan rezeki & kesihatan yang berpanjangan & semoga anda tetap berada di jalan yang benar lagi lurus selamat menuju syurga Allah s.w.t....aaamiinn